fbpx

Dewan Rakyat: KKM bentang RUU Kawalan Produk Merokok hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan membentangkan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, ia akan dibentangkan oleh Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa selepas sesi soal jawab.

Turut akan dibentang untuk bacaan kali pertama adalah Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2023 oleh Kementerian Kewangan.

Sementara itu, antara yang menjadi tumpuan dalam sesi soal jawab hari ini adalah pertanyaan daripada Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak) kepada Kementerian Pendidikan mengenai langkah untuk menangani isu buli khususnya dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang menunjukkan peningkatan kes setiap tahun.

Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) pula meminta Menteri Kesihatan menyatakan apakah langkah-langkah terkini pihak Kementerian untuk memupuk kesedaran aspek kesihatan dalam kalangan rakyat yang masih berada di tahap rendah memandangkan Malaysia dikategorikan sebagai bukan negara sihat.

Persidangan Dewan Rakyat berlangsung selama 11 hari dan akan berakhir Khamis ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI