fbpx

Dapat amaran Lufya Omar, Julia Farhana terus minta maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Julia Farhana Julia Farhana membuat permohonan maaf menerusi aplikasi WhatsApp terhadap Lufya atas apa yang berlaku melibatkan anaknya, Laura Hana.

PETALING JAYA – Kemelut antara pelakon Lufya Omar dengan isteri kepada bekas suaminya, Julia Farhana selesai apabila aktres itu membuat permohonan maaf menerusi aplikasi WhatsApp.

Perkara tersebut dikongsikan Lufya atau nama sebenarnya, Lutfyah Sheikh Omar menerusi InstaStory selepas terlebih dulu memberikan amaran kepada Julia supaya tidak ‘menyentuh’ nama anaknya, Laura Hana.

Pada perkongsian terbabit, Lufya turut berharap Julia tidak lagi menyentuh nama anaknya, Laura Hana serta mengatakan dia sudah cukup bahagia dengan anaknya.

Menurut pelakon berusia 38 tahun itu, dia sudah menjaga aib masing-masing serta berharap mereka dapat membawa haluan sendiri selepas ini.

“Saya dah jaga aib masing-masing. Jaga sensitif. Awak bahagia cara awak, saya bahagia dengan anak.

“Bahagia cara kalian dan jangan sentuh anak saya yang tidak dapat haknya.

“Dah tak dapat hak, lepas itu kalian ‘drama’ lagi seolah-olah kalian malaikat.

“Siapa tak marah? Dah minta maaf ini kali kedua. Letakkan noktah. Berhenti,” ujarnya.

Terdahulu, Lufya berang atas tindakan bintang Coast Guard Malaysia: Ops Helang itu menggunakan nama Laura Hana bagi tujuan publisiti.

Sebelum itu, Julia meluahkan rasa kecewa apabila suaminya, Dr. Che Hafiz berdepan pelbagai tuduhan yang membuatnya bersedih.

Dalam tangkap layar yang dimuat naik, Julia berkata dia sekadar mahu memberitahu insan dikahwininya adalah suami yang baik dan tiada niat lain.

Che Hafiz juga disifatkan sebagai seorang ayah yang baik selain mendedahkan masih menyimpan kemas baju anak perempuannya.

“Dia suami yang hebat, bertanggungjawab, selalu memberi, pemaaf, bekerja keras. Kadang nak nangis tengok dia punya hardworking.

“Luluh hati isteri ini bila tengok suami kena fitnah macam-macam. Rasa nak bagitahu kebenaran tapi suami tenangkan hati, lapkan air mata minta saya jadi kuat.

“Dia seorang suami yang menakjubkan. Dia masih menyimpan baju-baju anak perempuan di dalam almari. Sedih tengok,” tulisnya menjawab pertanyaan seorang pengikut Instagram.

Atas situasi itu, kelmarin Lufya yang mengakui sudah hilang sabar mendesak Julia membuat permohonan maaf atau dikenakan tindakan undang-undang.

Malah aktres yang berstatus ibu tunggal itu juga mahu mendedahkan video aib lelaki tersebut, namun tidak diperincikan butirannya.

Lufya mendirikan rumah tangga dengan Che Hafiz pada November 2016 sebelum bercerai empat tahun kemudian.

Selepas tiga tahun menduda, lelaki itu berkahwin pula dengan Julia pada 14 Disember 2022 . -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI