fbpx

Berenga penuh dalam telinga lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Valdemir Dencati terpaksa dibedah bagi mengeluarkan berenga di dalam telinganya di sebuah hospital di Brazil baru-baru ini. - Foto Daily Mirror

BRASILIA, Brazil – Seorang lelaki, Valdemir Dencati di Brazil bangun dalam kesakitan amat sangat dan mendapati seekor lalat telah bertelur di dalam telinganya yang kemudian dipenuhi ulat berenga, lapor portal berita Daily Star semalam.

Berenga itu keluar daripada  telinga dan merayap ke mukanya ketika dia berada di unit kecemasan sebuah hospital tempatan pada 4 Jun lalu untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Dia kemudian dirujuk ke Hospital Perbandaran Cuiaba (HMC) tetapi tidak diterima sebagai  pesakit.

Ia kerana nama Dencati tiada dalam  sistem kesihatan hospital tersebut, menyebabkan dia dihantar ke hospital lain dan diberikan pendaftaran  baharu. Bagaimanapun,  dia sekali lagi gagal untuk mendapatkan rawatan hospital.

Dencati kemudian kembali ke unit kecemasan sama di mana dia diberikan  ubat intravena dan menjalani prosedur pembersihan telinga. Seorang pakar memberitahu pesakit bahawa terdapat berenga menetas di dalam telinganya.

Dia diberitahu bahawa  kos pembedahan untuk mengeluarkan ulat-ulat itu adalah mahal.

Lelaki tersebut sekali lagi dirujuk ke HMC di mana keputusan dibuat untuk sekali lagi memindahkannya ke hospital lain bagi menjalani pembedahan.

Isterinya, Ediane memberitahu media tempatan: “Ini satu pengabaian. Seorang kakitangan kerajaan  tidak boleh bergantung pada penjagaan kesihatan awam. Larva  itu memakannya hidup-hidup.”

Pejabat Intervensi Kesihatan Awam Cuiaba pula melaporkan bahawa Dencati masih berada di hospital  dan telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan berenga tersebut baru-baru ini. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI