fbpx

Gadis Kampus: Arinah mahu tabur bakti sebagai pendidik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARINAH (kiri) mendapat hadiah berupa sebuah kereta daripada ibu bapanya selepas berjaya meraih keputusan cemerlang sewaktu di UTM.

MENDAPAT keputusan cemerlang yang membanggakan keluarga tercinta bukanlah perkara mudah, jika tidak disusuli dengan usaha berterusan.

Itu apa yang dilalui dan dirasai sendiri oleh gadis cantik dari Kluang, Johor itu apabila berjaya memperolehi kelas pertama dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) baru-baru ini.

Paling menggembirakan, gadis berusia 26 tahun itu ditawarkan kemasukan terus (fast track) pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di universiti sama usai tamat konvokesyen.

Tidak menunggu apatah berfikir lama, Wan Norsyafiqah Arinah Wan Norazmi terus menerima tawaran berkenaan dan berusaha untuk menghabiskan pengajian dalam tempoh tiga tahun.

Disebabkan pencapaian dan prestasi akademik yang cemerlang, ibu bapanya menghadiahkan sebuah kereta sebagai tanda suntikan semangat buatnya.

Kisah gadis yang mesra disapa Arinah itu turut mendapat perhatian netizen selepas dia berkongsi perjalanan hidupnya sebagai seorang mahasiswa dalam bidang pendidikan menerusi TikTok.

Berkongsi kisah kejayaannya, Arinah berkata, dia seorang yang mementingkan nilai pendidikan sejak kecil.

Malah, sikap Arinah yang suka menyiapkan kerja sekolah semasa menunggu pertukaran guru membuatkannya menjadi pelajar cemerlang.

“Semasa tunggu pertukaran guru di kelas, saya akan cuba siapkan semua kerja sekolah yang ada supaya tidak membuang masa.

“Ibu bapa juga mementingkan nilai pendidikan sejak saya kecil.

“Mereka ibarat kunci pertama dalam pendidikan yang membuatkan saya suka untuk belajar,” ujarnya.

Meskipun mencatatkan keputusan cemerlang sejak di bangku sekolah, namun anak sulung daripada tiga beradik itu mengakui, masanya tidak hanya digunakan untuk belajar semata-mata.

ARINAH berjaya meraih ijazah sarjana muda kelas pertama sewaktu konvokesyen UTM baru-baru ini.

Sebaliknya, dia bijak membahagikan masa dengan melakukan pelbagai aktiviti lain termasuk berniaga di kampus.

“Saya bukanlah seorang yang hanya belajar dan jadi ulat buku 24 jam sehari.

“Di kampus, saya juga aktif berniaga bagi menambah duit poket menjual kuih ‘cornflakes’ madu,” katanya.

Pernah bercita-cita untuk menyertai pasukan keselamatan negara, dia bagaimanapun melupakan hasrat berkenaan selepas menyambung pengajian dalam bidang pendidikan.

ARINAH (dua dari kanan) bergambar kenangan bersama keluarga tercinta.

Tambahan pula, impiannya itu tidak diberi galakan dan restu oleh kedua-dua ibu bapanya kerana kerjaya tersebut agak lasak.

“Saya tidak dapat galakan sangat walaupun ayah seorang tentera.

“Jadi, saya ambil keputusan untuk sambung belajar dalam bidang pendidikan.

“Apabila berjaya mengikuti kursus ini, saya menjadi bertambah minat untuk mendalami kerjaya sebagai guru, sekali gus membantu masyarakat menerusi pendidikan,” katanya.

Bercerita lanjut, Arinah berharap mampu menjadi salah seorang penyumbang dalam bidang pendidikan.

Ujarnya, ini kerana, dia melihat sektor merupakan teras utama kepada pembangunan di negara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI