fbpx

Tiada keperluan tambah baik silibus sejarah Kedah, Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina Sidek diberi penerangan oleh Pengetua SMJK Keat Hwa, Lee Kuen Chin (kiri) ketika melawat sekolah tersebut, hari ini.

ALOR SETAR – Kementerian Pendidikan (KPM) tidak melihat keperluan untuk menambah baik silibus tentang sejarah antara Kedah dan Pulau Pinang dalam masa terdekat seperti dicadangkan seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah, baru-baru ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, silibus untuk semua mata pelajaran sentiasa dipantau oleh pakar dalam bidang berkaitan, bersesuaian dengan kitaran melibatkan pembelajaran murid di sekolah.

“Silibus ini ada kitarannya dan kurikulum tersebut dipantau oleh pakar-pakar, jadi setakat ini kita kekal dengan silibus sedia ada sehingga kitaran itu habis.

“Pemantauan dan penilaian itu bukan hanya untuk sejarah sahaja tetapi untuk semua subjek. Kita tidak hanya tertumpu kepada sesuatu aspek saja sebaliknya melibatkan semua perkara,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaaan (SMJK) Keat Hwa di Jalan Kuala Kedah dekat sini, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah, Datuk Najmi Ahmad baru-baru ini mencadangkan agar silibus mata pelajaran Sejarah antara Kedah dan Pulau Pinang dalam buku teks ditambah baik supaya tidak disalah erti oleh pihak tertentu.

Najmi mendakwa kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor baru-baru ini bahawa Pulau Pinang milik Kedah merupakan fakta sejarah, namun terdapat pihak tertentu cuba mengolahnya sehingga timbul salah faham.

Mengulas lanjut Fadhlina berkata, isu berkenaan seharusnya diserahkan kepada pihak berkuasa kerana siasatan mengenainya sudah pun berjalan.

“Sekarang ini isu itu sudah pun disiasat pihak polis, jadi kita serahkan kepada siasatanlah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI