fbpx

Shila jadi ‘penata gaya’ Ubai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHILA dan Ubai

SEMAKIN hari, semakin berbeza gaya dan fesyen Ubai. Nampak semakin matang!

Rupa-rupanya tunang tercinta iaitu Shila Amzah antara yang menyumbang kepada perubahan gayanya.

Perkara itu dikongsi sendiri oleh Shila yang memberitahu Ubai tidak lagi memakai ‘skinny’ jeans.

“Selamat tinggal ‘skinny’ jeans Ubai,” kata penyanyi lagu Memori Tercipta itu.

Shila juga mengakui memberi idea agar menukar gaya rambut kerana sukakan lelaki yang kelihatan lebih kemas.

“Saya tukar gaya rambutnya kerana memiliki visi iaitu sukakan lelaki yang bergaya dengan kemas.

“Tidaklah menjadikan dia seorang ‘oppa’ tetapi lebih kepada mencari pakaian yang sesuai dengan bentuk badan dan tingginya yang mencecah 184 sentimeter,” kata Shila lagi.

TANGKAP layar respons Shila apabila ramai yang memuji perubahan gaya Ubai.

Perubahan beginilah yang kita mahukan, menjadi seorang lebih menarik, bukannya yang menyakitkan mata.

Harap hubungan mereka berdua kekal hingga ke syurga. Ramai juga mendoakan perkahwinan kedua Shila kekal bahagia.

DIVA: Penat juga jadi Ismail Izzani. Kalau muncul gosip berkaitan kelab malam, perempuan hamil anak artis pastinya namanya yang kerap terpalit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN