fbpx

Sekretariat Aid 4 Turkiye-Syria serah 36 rumah kontena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas Aid 4 Turkiye-Syria menyerahkan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye.

PETALING JAYA – Sekretariat Aid 4 Turkiye-Syria telah menyumbang sebanyak 36 buah rumah kontena kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria pada misi kelima baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, selain rumah kontena, pihaknya turut mengedarkan pek makanan serta menyediakan trak makanan kepada mangsa yang terjejas.

Jelasnya, pihak sekretariat juga sedang berusaha untuk menyalurkan lebih banyak bantuan berbentuk kontena penempatan dan sasarannya adalah sebanyak 100 unit.

“Kontena yang dilengkapi perabut asas serta bekalan elektrik dan air bersih ini berharga RM30,000 setiap unit.

“Selain itu, bantuan 10 trak makanan dengan kos RM100,000 bagi setiap trak adalah termasuk makanan asas, selimut dan pakaian musim sejuk,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, misi itu digerakkan atas dasar keprihatinan dan juga kemanusiaan, dan ia akan terus dijalankan bagi memenuhi keperluan semasa mangsa gempa bumi.

Sehingga kini, sebanyak lima misi kemanusiaan telah disempurnakan dengan yang terbaru pada 3 hingga 7 Jun lalu diketuai Pengarah Aid 4 Turkiye & Syria, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah bersama lapan delegasi serta dua wakil media.

Tambah Muhammad Sanusi, pihak NGO itu amat menghargai komitmen serta keprihatinan rakyat Malaysia yang menyumbang melalui sekretariat ini.

“Alhamdulillah misi kelima kali ini buat pertama kali delegasi berjaya masuk ke Idlib dan Halab di Syria.

“Justeru, bagi mencapai perancangan bantuan, pihak sekretariat menyeru seluruh lapisan masyarakat untuk terus menyumbang dan menyokong kempen Aid4Turkiye&Syria bagi menjayakan misi bantuan yang seterusnya,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI