fbpx

PRN: PH, BN Selangor tentukan tiga lagi kerusi Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick melakukan gimik perasmian program jelajah itu di Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM- Kepimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Selangor akan berbincang dan menentukan tiga lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang masih dimuktamadkan, Rabu ini.

Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perbincangan itu lebih menjurus kepada parti mana yang dilihat mempunyai peratusan untuk menang di kerusi berkenaan.

“Kita bermula 56 kerusi dan kini tinggal tiga kerusi (yang masih belum ditentukan), maknanya sangat bagus kemajuannya dalam tempoh hanya dua bulan.

“Sebab itu saya yakin dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya selepas merasmikan Program Jelajah Usahawan dan Koperasi Madani 2023 (PJUKM 2023) Negeri Selangor di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Amirudin menyatakan proses pembahagian kerusi antara PH dan BN sudah 95 peratus selesai dan hanya tinggal antara dua atau tiga kerusi DUN bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN). -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI