fbpx

PRN: Agihan kerusi Gerakan, komponen PN P. Pinang selesai 95 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tong Keong (tengah) pada sesi penamaan calon bagi pemilihan Parti Gerakan di Ibu Pejabat Gerakan Pulau Pinang, George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Rundingan pengagihan kerusi antara Parti Gerakan dan parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang telahpun selesai 95 peratus.

Timbalan Presiden yang juga Pengerusi Gerakan negeri, Oh Tong Keong berkata, terdapat beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi pertindihan antara parti-parti komponen di negeri ini dan beliau menjangka perkara itu akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

“Proses agihan dan rundingan kerusi antara parti komponen PN di Pulau Pinang telah diselesaikan kira-kira 95 peratus.

“Hanya terdapat beberapa kerusi yang berlaku pertindihan kerana ada permintaan daripada rakan-rakan parti komponen, ada kerusi yang Pas minta, ada juga yang Bersatu minta namun kita jangka perkara ini dapat diselesaikan tidak lama lagi,” katanya di ibu pejabat Gerakan Pulau Pinang, di sini hari ini.

Terdahulu, Parti Gerakan menjalankan hari penamaan calon bagi pemilihan Parti Gerakan Rakyat Pulau Pinang dan Tong Keong diumumkan kekal sebagai Pengerusi Gerakan Pulau Pinang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI