fbpx

Pelajar dakwa temui kepala tikus dalam mangkuk nasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelajar menemui kepala tikus dalam mangkuk nasinya tetapi dinafikan pihak pengurusan kolej. - Oddity Central

BEIJING – Satu kontroversi dikenali sebagai ‘Rat Head Gate’ mendapat perhatian ramai di media sosial China selepas seorang pelajar menemui apa yang kelihatan seperti kepala tikus dalam hidangan di kafeteria sekolah, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Bagaimanapun, pihak sekolah mendakwa ia sebenarnya adalah kepala itik.

Insiden itu dilaporkan berlaku minggu lalu di kafeteria Kolej Teknikal Vokasional Industri Perdagangan Jiangxi di Nanchang.

Semasa makan tengah hari, seorang pelajar menemui apa yang kelihatan seperti kepala tikus di dalam mangkuk nasinya dan penemuan tersebut kemudian dirakam menggunakan telefon bimbit.

Kakitangan kafeteria itu kemudian memberitahu bahawa ia bukan kepala tikus tetapi sebenarnya kepala itik.

Pada 3 Jun lalu, pihak kolej tersebut mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyangkal khabar angin tentang kepala tikus yang mula tersebar dengan menegaskan bahawa ia adalah kepala itik yang kelihatan pelik.

Ketika khabar angin itu terus tersebar dan pegawai sekolah memberi amaran kepada pelajar supaya tidak membincangkan kejadian tersebut menerusi internet, syarikat katering rasmi mengeluarkan kenyataan dengan mendakwa bahawa ia tidak ditemui dalam makanan yang dihantarnya.

Namun, seorang penulis blog menulis di media sosial dengan berkata: “Menemui kepala tikus semasa makan bukanlah bahagian yang paling menakutkan. Apa yang benar-benar menakutkan adalah orang ramai melihat dengan jelas kepala tikus tetapi mereka berkeras untuk mendakwa ia sebagai leher itik. Jika ia benar-benar kepala tikus, adalah lebih baik untuk mengakuinya.” – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI