fbpx

Nombor plat FF 1 bernilai RM1.2 juta sah milik Sultan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTHONY LOKE (kanan) menyerahkan plat kenderaan FF 1 kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Nombor pendaftaran plat kenderaan ‘FF 1’ sah menjadi milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan nilai bidaan RM1.2 juta.

Menerusi perkongsian Menteri Anthony Loke Siew Fook di laman Facebooknya, beliau telah menyerahkan sendiri plat kenderaan kepada Sultan Ibrahim hari ini.

“Pagi tadi, saya menghadap DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim untuk mempersembahkan secara simbolik nombor plat FF 1 kepada Tuanku yang merupakan pemilik nombor khas unik tersebut.

“Tuanku telah perkenan untuk membayar kepada kerajaan sebanyak RM1.2 juta untuk nombor khas tersebut.

Untuk rekod, bayaran RM1.2 juta merupakan nilai tertinggi yang pernah dikutip setakat ini oleh kerajaan untuk pendaftaran satu nombor plat kenderaan. Bayaran ini menjadikan jumlah kutipan hasil kerajaan untuk nombor siri FF meningkat ke RM35.4 juta,”tulisnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI