fbpx

Nilai Declan Rice buat Arsenal sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICE bakal dilepaskan oleh West Ham, namun tanda harga yang diletakkan menyebabkan hasrat Arsenal menjadi sukar. - AFP

LONDON – West Ham United akhirnya sudi melepaskan kapten, Declan Rice selepas menjuarai Liga Konferens Europa musim ini dengan syarat Arsenal sedia memecahkan rekod perpindahan termahal Liga Perdana Inggeris (EPL).

Chelsea ketika ini masih memegang rekod perpindahan termahal EPL selepas membeli Enzo Fernandez daripada Benfica berjumlah £106.8 juta (RM619.93 juta) pada Januari lalu.

Disebabkan itu, West Ham meletakkan tanda harga baharu buat Rice, 25, bernilai £110 juta (RM638.51 juta) sekali gus menyukarkan Arsenal yang sebelum ini sudah dikatakan bersetuju dengan harga £90 juta (RM522.41 juta).

“Kami sudah berjanji untuk membenarkan dia (Rice) pergi kerana keinginannya mahu mencari angin baharu. Kami tidak boleh memaksa seseorang yang sudah memberikan segala-galanya buat kelab lebih daripada musim ini.

“Sekarang kami perlu bekerja keras untuk mendapatkan penggantinya atau beberapa pemain baharu yang boleh menambahkan kekuatan pasukan,” kata Pengerusi West Ham, David Sullivan.

Selain perlu memecah rekod pembelian termahal EPL, Arsenal juga bakal berhadapan masalah lain selepas wakil daripada pihak Rice mahukan bayaran gaji sekurang-kurangnya £250,000 (RM1.45 juta) seminggu.

Jumlah tersebut pastinya membuatkan Arsenal ‘pening kepala’ kerana nilai itu sudah mengatasi bayaran gaji mingguan diterima bintang utama mereka, Bukayo Saka yang menerima £200,000 (RM1.16 juta).

Menurut laporan Spotrac, Rice akan menjadi penerima gaji kedua termahal Arsenal selepas Gabriel Jesus yang dipercayai mendapat bayaran sebanyak £265,000 (RM1.53 juta) seminggu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI