fbpx

Musim durian lebih lama, 4 bulan sebab El Nino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musim durian pada tahun ini dijangka berlanjutan lebih empat bulan iaitu sehingga bulan Ogos.

SEGAMAT – Penggemar durian tempatan khususnya di Segamat berpeluang menikmati raja buah itu bagi tempoh yang lebih panjang berikutan tempoh durian berbuah kini melebihi empat bulan.

Seorang pekebun, Samsuri Ahmad, 55, berkata, musim durian kali ini lebih panjang disebabkan jumlah hujan yang sedikit dan cuaca panas ekoran feno­mena El Nino.

“Musim durian ini bermula awal Mei dan saya lihat buah akan mengeluarkan hasil dalam tiga peringkat iaitu pada Mei hingga Jun untuk peringkat pertama, Jun hingga Julai (peringkat kedua) dan akhirnya pada Julai hingga Ogos.

“Kali ini musim berbuah lebih empat bulan berbanding hanya tiga bulan seperti kebiasaan. Cuaca panas berikutan fenome­na El Nino menyebabkan hasil buah mengalami tiga peringkat,” katanya ketika ditemui di dusun duriannya di Kampung Paya Jakas, Jementah, Segamat di sini semalam.

Samsuri berkata, fenomena El Nino menyebabkan pokok durian mudah berbunga semula dan sebahagiannya kelihatan telah berputik.

Samsuri yang mewarisi dusun keluarganya yang diusahakan sejak tahun 1970-an itu berkata, walaupun peringkat penghasilan durian bertambah, tetapi kuantiti buah pada setiap pokok tetap sama iaitu dianggarkan 60 biji sepokok.

“Musim durian kali ini bertambah dan penggemar tidak kesuntukkan masa untuk merasai keenakan pelbagai jenis buah durian.

“Saya tidak bimbang me­ngenai lambakan durian kerana mempunyai pelanggan tetap sejak puluhan tahun lalu.

“Pelanggan boleh datang menikmati buah durian segar dan mengutip sendiri buah di dusun dengan harga pakej yang disediakan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI