fbpx

MBI Terengganu, PGB jalin kerjasama bangun loji janakuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tengah ketika majlis MOU antara MBI Terengganu bersama PBG di sebuah hotel di Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR – Mentri Besar Trengganu (Incorporated) (MBI) dan Petronas Gas Bhd (PGB) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meneroka potensi kerjasama berkaitan dengan cadangan pembangunan loji janakuasa hidro mini.

Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja Tengku Farok Husin Tengku Abdul Jalil berkata, pemeteraian MoU itu menandakan langkah awal kerjasama antara MBI dan PGB bagi mengukuhkan pembangunan ekonomi di Terengganu.

Jelasnya, MoU itu turut membolehkan kedua-dua pihak menjalin kerjasama berkaitan cadangan pengurusan operasi dan penyenggaraan terminal di Terengganu.

“Kedua-dua pihak akan membuat penilaian bersama ke atas kebolehlaksanaan kedua-dua cadangan pembangunan tersebut.

“Saya yakin bahawa kerjasama ini akan membuka peluang baharu dan memberikan manfaat kepada seluruh rakyat Terengganu, sejajar dengan matlamat Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030),” katanya dalam satu kenyataan.

Pembangunan loji janakuasa hidro kecil yang dicadangkan melalui anak-anak sungai di daerah Dungun adalah seiring dengan teras strategik 9 PITAS 2030 iaitu Pengukuhan Infra, Pemerkasaan Teknologi Hijau dan Pengawalan Impak Bencana.

Projek ini dilihat sebagai penyelesaian Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang kritikal dalam menjadi solusi cabaran bekalan elektrik terutamanya bagi kawasan luar bandar yang terpencil.

Bagi cadangan kerjasama pengurusan, operasi dan penyenggaraan terminal pula, ia dilihat sebagai satu langkah strategik dan berimpak, bakal membuka ruang pemerkasaan ekonomi.

Tambah Farok Husin, Kerajaan Negeri akan sentiasa menyokong Petronas dan PGB dengan penyediaan infrastruktur dan sumber yang lengkap di negeri itu.

“Kerjasama kukuh yang terjalin sebelum ini telah memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dan kerajaan berharap jalinan kerjasama baharu ini akan mengukuhkan lagi hubungan dengan Petronas dan PGB,” tambahnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI