PETALING JAYA – Tidak semena-mena, pempengaruh media sosial sensasi yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona mendedahkan ingin mendapatkan bantuan psikiatri atau terapi minda.
Perkara itu dikongsikan gadis berusia 21 tahun itu menerusi satu ciapan yang ditulis dalam Twitter miliknya.
“Saya memerlukan terapi,” tulisnya ringkas.
Walaupun tidak menyatakan punca dirinya perlu mendapatkan bantuan terapi, rata-rata netizen mengandaikan bahawa Leona mungkin tertekan apabila sering berdepan dengan kecaman berhubung beberapa kontroversi yang dilakukannya sebelum ini.
Dalam ruangan komen, ramai menyarankan agar Leona mendekatkan diri dengan Tuhan yang didakwa ‘pakar terapi’ terbaik buatnya.
“Bukan bantuan pakar terapi, tetapi petunjuk daripada Allah SWT,” tulis seorang netizen.
“Awak perlu banyak membaca al-Quran. Itu lebih mudah untuk difahami,” kata seorang lagi pengikutnya.
Malah, ada juga netizen menyarankan supaya Leona berubah menjadi seorang gadis yang lebih matang seiring dengan peningkatan usianya.
“Awak perlu juga mendewasakan dan mematangkan diri. Kematangan mempunyai kaitan dengan kecerdasan dan keupayaan untuk belajar berdasarkan pengalaman,” kata seorang pengguna Twitter.
Dalam pada itu, Leona juga diminta untuk berehat buat sementara waktu daripada bermain media sosial supaya dirinya berasa lebih tenang berdepan dengan kecaman masyarakat.
“Apa kata berehat sementara daripada melayari media sosial. Percayalah dengan cara ini boleh memberi impak kepada diri kita sendir,” cadang seorang netizen.
Sebelum ini, Leona kerap menjadi mangsa kecaman netizen kerana tindakan beraninya berkongsi foto dengan berpakaian seksi.
Malah, baru-baru ini dia Kembali menjadi bahan bualan hangat netizen apabila memuat naik sebuah video sedang menikmati percutian musim panas di England dengan memakai pakaian mencolok mata iaitu bikini berwarna putih.
Penampilan tersebut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menganggap gadis berusia 24 tahun itu tidak sensitif berkaitan hal agama.
Bagaimanapun Leona menerusi hantarannya dalam Twitter pada awal bulan lalu menyelar orang ramai agar tidak menyibuk tentang gaya pemakaiannya.
Leona berkata, ada banyak perkara atau isu penting lain perlu diutamakan berbanding perihal dirinya yang menjadi sorotan ramai termasuk daripada pihak media.
“Tolong berhenti ‘terganggu’ dengan apa yang saya pakai. Saya merayu tolong letakkan perhatian pada isu yang lebih penting. – KOSMO! ONLINE