fbpx

Ladang lembu ternakan Jamal Abdillah dapat perhatian JPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jamal Abdillah (tengah) memberi taklimat mengenai ladang ternakan lembu yang diusahakannya lebih sebulan lalu di Kerian, Perak semalam. - FOTO IHSAN JPV

PUTRAJAYA- Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) memuji usaha dilakukan penyanyi Datuk Jamal Abdillah yang menternak lembu secara komersial di Perak.

Menerusi hantaran dalam laman sosial rasminya, agensi itu turut memaparkan beberapa foto eksklusif suasana premis yang diusahakan Raja Pop itu di Kerian.

“Inisiatif beliau demi menyahut seruan kerajaan memastikan keterjaminan makanan negara selain ditambah minat yang mendalam dalam bidang pertanian,” katanya.

Semalam, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Lokman Hakim Ali meluangkan masa melawat ladang itu yang dibuka lebih sebulan lalu.

Mengulas lanjut JPV berkata, Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Mohd. Ali, 64, sebelum ini aktif dalam bisnes penternakan ikan arowana di Bukit Merah sejak 2009.

“Malah beliau melahirkan impian tinggi untuk mengembangkan lagi penternakan tersebut dengan berhasrat menternak kambing pula selepas ini,” jelasnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI