fbpx

Kelas ajar cara kembali senyum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pelajar mendekatkan cermin ke muka dan meregangkan sisi mulut dengan jari untuk mendapat senyuman menawan.

PENDUDUK di Jepun yang terbiasa memakai pelitup muka semasa pandemik Covid-19 kini mendaftar ke sebuah kelas bagi mengajar mereka cara untuk tersenyum semula.

Walaupun pelitup muka sudah menjadi kebiasaan di negara Asia timur itu sebelum pandemik Covid-19, namun penggunaannya semakin meningkat apabila kerajaan mewajibkan pemakaiannya semasa penularan virus berkenaan.

Sebelum pandemik, pemakaian alat pelindung diri itu dilakukan penduduk Jepun bagi melindungi diri daripada penyakit bermusim dan demam hay. Pada ketika itu, sudah ramai yang memakai pelitup muka walaupun ia bukan kewajipan seperti pada era pandemik Covid-19, tiga tahun lalu.

Selepas kerajaan menarik balik arahan pemakaian pelitup muka pada Mac lalu, ramai penduduk mengakui bahawa mereka kekok untuk keluar rumah tanpa pelitup muka, malah cara untuk tersenyum.

Himawari Yoshida merupakan salah seorang penduduk di Jepun yang menyedari bahawa mereka sudah lupa bagaimana cara menjalani kehidupan tanpa menggunakan pelitup muka.

“Saya tidak banyak menggunakan otot muka semasa pandemik Covid-19,” kata lelaki berusia 20 tahun itu.

KAWANO menunjukkan cara senyum yang betul kepada salah seorang pelajar kelasnya.

Dia kini telah mengupah khidmat pengajar senyuman dan mengatakan, ia merupakan satu senaman yang baik serta dapat membantunya bersedia bagi memasuki pasaran pekerjaan di Jepun.

Yoshida dan rakan sekelasnya yang kebanyakannya golongan muda, sedang diajar oleh Keiko Kawano.

Dalam kelas tersebut mereka belajar satu latihan yang menyuruh dengan mendekatkan cermin ke muka dan meregangkan sisi mulut dengan jari.

Syarikat Kawano Egaoiku yang menawarkan perkhidmatan pendidikan senyuman telah menyaksikan permintaan untuk pelajaran tersebut meningkat sebanyak empat kali ganda.

Ini termasuk sesi persendirian yang berharga 7,700 yen (RM253).

“Saya fikir terdapat keperluan yang semakin meningkat untuk orang ramai kembali membiasakan diri tersenyum,” katanya, sambil menyatakan bahawa ketika ini kunjungan pelancong di Jepun juga semakin meningkat.

Dia percaya, warga Jepun kurang cenderung untuk tersenyum berbanding orang Barat kerana rasa selamat mereka sebagai sebuah negara pulau.

Ia satu trend yang diburukkan lagi dengan peningkatan pemakaian topeng.

“Secara budaya, senyuman menandakan bahawa saya tidak memegang pistol dan saya bukan ancaman kepada anda,” tambahnya.

Tinjauan oleh media di Jepun pada bulan Mei lalu menunjukkan, 55 peratus rakyat negara itu masih memakai pelitup seperti semasa perintah pemakaiannya dilaksanakan, sementara 8 peratus telah berhenti menggunakannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI