fbpx

Ibu pelajar 11A SPM meninggal dunia akibat penyakit saraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Syahril (kanan) bersama adik-beradiknya semasa menjaga arwah ibu yang terlantar akibat penyakit saraf ketika ditemui pemberita di rumah mereka di Kampung Kandis, Bachok kelmarin. FOTO TOREK SULONG

BACHOK – Ibu kepada pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia malam tadi selepas menderita penyakit saraf.

Muhammad Syahril Saidi, 18, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Darul Iman, Beris Lalang berkata, ibunya,Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga pada pukul 8 malam.

“Arwah umi (ibu) menghidap penyakit saraf sejak tahun 2019 yang sebelum ini dalam fasa pemulihan. Dia terlantar sakit hampir tiga tahun dan tidak mampu berjalan.

“Pemergiannya sudah ketentuan ilahi dengan asbab sakit. Kami adik beradik sentiasa menyantuninya dengan penuh kasih sayang sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sebelum ini, tular kisah Muhammad Syahril selepas pengorbanannya menjaga dan menyantuni ibu yang sakit turut berjaya memperoleh keputusan 11 A dalam SPM yang diumumkan pada Khamis lalu.

Dia menerima keputusan SPM daripada rombongan sekolah yang hadir ke rumahnya apabila gagal hadir ke sekolah kerana menjaga ibunya yang sakit.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI