fbpx

Ibu Muhammad Hawari luah rindu di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Tom turut memuat naik gambar bersama Muhammad Hawari, menantu dan dua cucunya di Facebook, kelmarin.

GEORGE TOWN – Kehilangan pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim sudah memasuki hari ke-23, hari ini, selepas dia berjaya menawan puncak tertinggi dunia itu pada 18 Mei lalu.

Ibunya, Che Tom Hassan, 64, dilihat tidak mampu lagi menahan rindu terhadap anak lelakinya itu apabila memuat naik status di Facebook miliknya selama dua hari berturut-turut sejak kelmarin.

Terkini, Che Som meninggalkan hantaran, “Anakku semoga kamu baik-baik sahaja. Mak sentiasa doakan Hawari Warie”. Turut dimuat naik adalah suntingan video Hawari dan misi pencariannya di gunung tertinggi dunia itu dengan berlatar belakangkan lagu Seluruh Cinta.

Sehingga hari ini, hantaran video tersebut telah ditonton seramai 246 pengguna media sosial, 62 pelbagai reaksi, lapan komen dan empat perkongsian.

“Semoga dipermudahkan Hawari Warie di sana, moha baik-baik sahaja,” tulis seorang pengguna pada ruangan kapsyen videonya.

“Doa seorang ibu tak ada hijabnya. Semoga baik-baik sahaja untuk Hawari,” balas seorang lagi kenalan Facebooknya.

Kelmarin, Che Som memuat naik status bertulis:, “Rindu anakku”, yang mendapat 99 reaksi dipercayai daripada kenalan, rakan dan juga saudara-maranya.

Muhammad Hawari, 33, yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) pendengaran dilaporkan hilang pada 19 Mei lalu selepas berjaya menakluk puncak Everest sehari sebelum itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI