fbpx

Fatin Afeefa sudah bertudung?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMEJ bertudung Fatin mencetuskan teka-teki sama ada dia sudah berhijab sepenuhnya selepas pulang dari umrah.

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, jarang sungguh melihat kelibat Fatin Afeefa muncul dalam mana-mana acara hiburan.

Bukan hanya Diva, ramai juga yang tertanya-tanya mengapa dia sudah tidak lagi muncul dalam mana-mana drama atau filem.

Iyalah, pelakon yang bagus, pasti ramai akan merindui kemunculan mereka dalam televisyen.

Selain teka-teki statusnya sebagai pelakon, ada juga yang tertanya-tanya sama ada dia sudah bertudung sepenuhnya sejak menunaikan umrah beberapa bulan lalu.

Persoalan itu kerap juga berlegar-legar dalam media sosial memandangkan Fatin beberapa kali muncul dengan imej bertudung dalam siaran langsung TikTok.

Foto-foto terbaharunya dalam Instagram juga memaparkan imejnya yang bertudung. Mungkin Fatin sudah berhijab cuma tidak mahu heboh-heboh. Harap kekallah dengan imej begitu.

Banyak sungguh ‘misteri’ mengenai Fatin yang belum terjawab. Harap Fatin kembalilah aktif dalam dunia lakonan, ramai yang merindui.

DIVA: Makin banyak cerita kurang enak fasal pelakon drama Projek: High Council. Terkena kejutan populariti agaknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI