fbpx

Cub Prix: Harith Farhan enggan kempunan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARITH mengakui tidak mempunyai pilihan kecuali menamatkan saingan di kedudukan terbaik bagi meraih mata untuk membantunya memulihkan prestasi.

PELUMBA Tobaki Pink Racing, Harith Farhan Baharin mengakui dia tiada pilihan selain menamatkan perlumbaan Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix Malaysia dengan kutipan mata selepas bergelut dengan prestasi jentera sebelum ini.

Pelumba kelahiran Terengganu tersebut yang melangkah ke kelas CP150 bersama pasukan Pink Racing buat julung kali ini dilihat tidak berputus asa mencari ruang dan peluang untuk merapatkan jurang perbezaan dengan pasukan gergasi di Cub Prix.

Kata Harith, pasukannya kini bekerja keras sepanjang minggu untuk menyediakan jentera terbaik bagi memastikannya mereka mampu menjadi salah satu pasukan pencabar di Litar Sepang.

“Saya cuma mahu fokus untuk berada dalam kelompok lima atau 10 terbaik. Jadi, pada hari ini misi saya bersama mekanik adalah untuk mencari pelarasan terbaik pada perlumbaan sebenar esok (hari ini)

“Saya positif kerana keadaan saya dengan jentera agak baik jika dibandingkan dengan Jasin baru-baru ini. Saya harap mampu lakukan lebih sempurna untuk menebus kekecewaan di Jasin tempoh hari.

“Kita tahu perlumbaan di Sepang apa-apa boleh berlaku kerana pelumba yang berada di petak belakang pun boleh berada di hadapan. Saya yakin sekiranya segalanya berjalan lancar, pasukan Pink Racing juga mampu lakukan kejutan,” katanya.

Pada sesi latihan sebelah pagi, Harith berjaya menamatkan sesi tersebut di kedudukan ke-15 dengan catatan satu minit 17.255 saat (s), manakala Izzat Zaidi Salehan dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha -CKJ Racing mencatat masa terpantas dengan keputusan 1:15.931s.

Rakan sepasukan Harith, Afizi Supaat mencatat keputusan 20 terpantas dengan catatan 1:17.841 dan Qhuwarismi Nasir tempat ke-24 terpantas keseluruhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI