fbpx

Cuaca buruk di beberapa negeri termasuk Selangor pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri dan Wilayah Persekutuan sehingga pukul 11 pagi.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka melibatkan Selangor dan Negeri Sembilan.

“Selangor antaranya di Sabak Bernam dan Klang, Negeri Sembilan di Seremban dan Port Dickson,” katanya.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kata MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI