fbpx

Bersosial dan perempuan, isu pemanas Ismail Izzani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL IZZANI

NAMA penyanyi Ismail Izzani sekali lagi ‘dipetik’ apabila muncul pendedahan seorang gadis yang mendakwa dirinya dibuntingkan seorang artis, selain diminta menggugurkan kandungan.

Tanpa sebarang bayangan, hanya menyatakan individu dimaksudkan adalah pelakon dan penyanyi popular, segelintir netizen mula serkap jarang.

Sasaran utama mereka tentu saja penyanyi berusia 23 tahun itu dengan hanya bersandarkan sisi sosialnya yang dilihat kerap ke pusat hiburan dan berparti.

Seolah-olah aktiviti di luar lingkup kehidupan sebagai anak seni itu menjadi petanda dia seorang anak muda yang suka mengamalkan hidup bebas.

Apatah lagi sebelum ini Ismail yang juga anak penyanyi popular 90-an, Datin Suliza Salam pernah terkait dengan tohmahan yang hampir sama, tetapi akhirnya namanya dapat dibersihkan.

Berhubung dakwaan kali kedua ini, walau dia enggan ambil pusing dengan mendiamkan diri, syarikat pengurusan yang mewakilinya, World Peace Entertainment tampil memberikan amaran.

Ini susulan masih ada pihak menyebarkan fitnah terhadap pelakon Bukan Hanya Sekadar Cinta itu biarpun pemilik akaun HatiBushuk sudah mengesahkan Ismail bukan individu dimaksudkan.

SAMPAI ke hari ini, Ismail Izzani hanya mendiamkan diri dan membiarkan pihak syarikat dan keluarga mewakilinya berhubung isu kehamilan seoranh wanita yang terkait namanya. baru-baru ini.

Yakin artis naungan mereka berterusan dijadikan mangsa apabila berulangkali difitnah melakukan kerja terkutuk, World Peace tidak teragak-agak menyaman penyebar fitnah.

“Kami memandang serius perkara ini dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terus mengaitkan Ismail Izzani dengan hantaran tersebut.

“Kami berharap fitnah ini dihentikan serta merta dan semoga pemilik akaun TikTok itu dapat menemui jalan penyelesaian sekiranya benar dirinya teraniya,” kata wakilnya menerusi kenyataan kepada Pose.

Syarikat pengurusan tersebut turut berharap mana-mana individu serta pihak tidak mudah melemparkan tuduhan tanpa sebarang asas yang munasabah.

“Kami berharap agar penjelasan ini dapat menamatkan segala spekulasi dan tuduhan liar yang sedang diperkatakan,” kata wakilnya lagi.

Sementara itu, di pihak keluarga pula seperti fitnah sebelum ini ibunya lebih dulu diasak dengan pertanyaan serupa berhubung onar Ismail.

Suliza tentu saja bertegas menafikan dakwaan terbabit, sekali gus beranggapan si penyebar fitnah sebagai tidak waras.

SEbagai ibu, Suliza Salam dilihat meletakkan kepercayaan penuh terhadap anaknya, Ismail Izzani.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI