fbpx

Argentina enggan ambil mudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI dilaporkan berada dalam senarai skuad Argentina yang akan turun pada aksi persahabatan menentang Australia dan Indonesia. - AFP

BUENOS AIRES – Juara dunia, Argentina dalam persiapan terakhir menjelang dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Australia dan Indonesia yang dijadualkan berlangsung pada 15 dan 19 Jun ini.

Skuad La Albiceleste itu dijadualkan bertemu Australia terlebih dahulu di Stadium Worker, China sebelum berkunjung ke Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta untuk berdepan Indonesia.

Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni berharap barisan pemainnya supaya tidak mengambil mudah cabaran dua pasukan tersebut meskipun perlawanan tersebut hanyalah berstatus aksi persahabatan.

“Kami sudah membuat senarai pemain yang akan beraksi dalam dua perlawanan itu nanti. Saya fikir pemain-pemain yang disenaraikan itu sangat sesuai dengan aksi tersebut berdasarkan kalender FIFA.

“Mereka (Australia dan Indonesia) adalah pasukan yang bagus dan kami tidak boleh pandang rendah keupayaan mereka. Saya tetap mahukan aksi terbaik daripada pemain-pemain Argentina,” katanya.

Difahamkan, seramai 27 pemain dipanggil Scaloni bagi menggalas tanggungjawab tersebut termasuk pemain bintang seperti Lionel Messi, Angel Di Maria, Enzo Fernandez dan Emiliano Martinez.

Bagaimanapun, sebelum ini timbul kerisauan dalam kalangan peminat apabila terdapat laporan yang mengatakan Messi belum pasti untuk menyertai pasukan bagi menghadapi dua aksi persahabatan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI