fbpx

Ahli YGMB bersyukur terima sumbangan ‘one-off’ bencana banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi YGMB Aminudin Adam (tengah) menyerahkan ‘mock cheque’ manfaat bencana banjir untuk kawasan utara negeri Johor kepada Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan Sekolah (JPN) Johor, Ahmad Taufik Hamzah.

SEGAMAT – Ahli Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) terharu dan bersyukur menerima sumbangan bantuan ‘one-off’ berjumlah RM500 setelah menjadi mangsa banjir yang melanda negeri ini, Mac lalu.

Salah seorang penerima, Iqa Shahiera Shahjihan yang bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Hampar, di sini berkata, akibat kejadian banjir tersebut, dia kehilangan memori manis perkahwinannya.

“Ketika banjir melanda Mac lalu, suara tiada di rumah, jadi dalam fikiran hanya redha dengan kerugian barang-barang dan kerosakkan yang akan berlaku, namun paling sedih apabila album perkahwinan juga rosak.

“Walaupun sudah dijemur, tetapi gambar-gambar memang sudah tidak jelas dan tidak boleh diselamatkan lagi. Walaubagaimanapun saya tetap bersyukur kerana keluarga semua selamat, itu yang utama sekali,” katanya pada Majlis Hi-Tea Penerima One-Off RM500 Manfaat Bencana Banjir YGMB di sebuah hotel di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, bantuan itu disalurkan kepada seramai 80 guru yang merupakan ahli YGMB di Johor yang terkesan bencana banjir.

“Walaupun bencana banjir sudah lama berlalu, tetapi pihak kami amat bersimpati dan mengambil berat untuk meringankan beban guru yang ditimpa bencana alam itu.

“Sumbangan yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) YGMB ini bertujuan untuk meringankan beban guru-guru dan keluarga yang terlibat,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI