fbpx

21 perumahan PR1MA dikesan projek sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akmal Nasrullah (dua dari kanan) meninjau di projek perumahan Taman Harmoni, Machang yang merupakan salah salah satu projek sakit. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

MACHANG – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengenal pasti sebanyak 21 Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di seluruh negara yang dikategorikan sebagai projek sakit.

Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, setakat ini, sebanyak lapan daripada projek PR1MA yang terlibat berjaya diselesaikan.

“Daripada jumlah itu, kerajaan akan menyelesaikan 10 projek yang dikenal pasti sebagai projek sakit itu dalam tempoh terdekat.

“Meskipun PR1MA merupakan projek kerajaan, tetapi, anak syarikat yang mengendalikannya merupakan syarikat swasta. Jadi, kita kenal pasti projek sakit ini berdasarkan lesen yang ada,” katanya pada sidang akhbar selepas lawatan kerja di empat Projek Pembangunan Swasta yang dikategorikan sebagai projek sakit iaitu Taman Anggerik Putih fasa satu dan dua, Taman Baiduri dan Taman Harmoni di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah memberitahu, selain itu, KPKT turut mengesan sebanyak 481 projek sakit dan 112 terbengkalai di seluruh negara.

Menurutnya, Kelantan mencatatkan antara negeri tertinggi yang mempunyai projek sakit apabila projek perumahan swasta dikenal pasti tidak mengikut perancangan yang ditetapkan.

“Mengambil contoh tiga projek di Machang, semua projek sakit itu dimajukan oleh pemaju yang sama iaitu Lagenda Sonata Sdn. Bhd. bagi Taman Anggerik Putih fasa satu.

“Kesemua 351 unit rumah teres setingkat yang mula dimajukan sejak 2019 itu sepatutnya menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) pada 30 Julai 2021. Atas faktor pindaan keperluan oleh pihak berkuasa tempatan supaya menukar jalan masuk, ia sekali gus berlaku kelewatan projek tersebut,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI