fbpx

Warga asing maut motosikal dirempuh kereta arah bertentangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal warga asing di Jalan Batu Arang - Rawang, Gombak, malam semalam

GOMBAK – Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang datang daripada arah bertentangan berhampiran pasar raya NSK di Jalan Batu Arang – Rawang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, kemalangan pada pukul 9.30 malam itu membabitkan sebuah motosikal, dua buah kereta dan sebuah lori.

Jelas beliau, hasil siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki warga India berusia 42 tahun menunggang sebuah motosikal di lorong kanan dari arah Batu Arang menghala ke Rawang.

“Setibanya di lokasi kejadian, tiba-tiba datang sebuah kereta dari arah bertentangan masuk ke laluan mangsa dan bertembung dengan motosikal ditungganginya.

“Kereta tersebut turut melanggar sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun di bahagian belakang sewaktu kejadian berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, terdapat juga sebuah lori yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 43 tahun tidak sempat mengelak telah melanggar kereta tersebut.

“Pemandu kenderaan yang telah melanggar mangsa telah melarikan diri dan didapati masih belum tampil untuk membuat laporan polis.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh penolong pegawai perubatan dan telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Bagaimanapun, menurut Zainal, pemandu kereta dan lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes telah disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini diminta tampil bagi membantu siasatan atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Norazlan Noorudin di talian 019-7974466 atau IPD Gombak di talian 03-612622. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI