fbpx

Wanita hilang di Chiang Mai jadi mangsa ‘scammer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHOY WON menunjukkan gambar anak perempuannya yang dipercayai hilang di Thailand pada sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP Johor, Kulai hari ini.

KULAI – Ibu kepada wanita yang dilaporkan hilang di Chiang Mai, Thailand, Chee Choy Won tidak menolak kemungkinan anak perempuannya itu menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar.

Choy Won, 50, percaya perkara itu berlaku setelah mengadakan pertemuan dengan pihak polis di daerah Mae Sai di wilayah Chiang Rai, Bangkok, Rabu lalu.

Wanita itu berkata, walaupun dia menerima panggilan telefon daripada anaknya, Chong Sum Yee, 22, sekitar 8 malam mengatakan dia dalam keadaan sihat, nalurinya merasakan sebaliknya.

“Saya cuba menghubunginya Angie malam tadi (kelmarin) namun tidak berjawab. Tidak lama kemudian, dia menghubungi saya semula dan mengatakan dia dalam keadaan sihat dan sangat bahagia di sana, namun suaranya kedengaran agak tertekan.

“Malah, dia turut meminta saya untuk menarik balik laporan polis yang telah dibuat sebelum ini lalu memutuskan panggilan. Selepas itu dia tidak dapat dihubungi lagi, mesej hantar melalui WhatsApp tidak dibaca,” katanya pada sidang akhbar kehilangan anaknya di Ibu Pejabat DAP Johor di Jalan Tropika 1, Taman Tropika, di sini hari ini. Yang turut hadir ialah Pengarah Pendidikan Politik DAP Johor Alan Tee Boon Tsong.

Media melaporkan Sum Yee berlepas ke Chiang Mai pada 29 Mei lalu dan mengembara ke Mae Sai yang terletak di utara Thailand, berhampiran bandar Tachilek di Myanmar, lokasi insiden pemerdagangan orang dilaporkan sebelum ini.

Terdahulu, polis Thailand berkata, siasatan awal mendapati Chong telah menyeberang sempadan ke Tachilek, Myanmar sejak 30 Mei.

Tambah wanita itu, pihak polis Thailand memaklumkan terdapat kemungkinan anaknya itu berada di Myanmar dan kedua-dua pihak berkuasa tersebut katanya sedang bekerjasama bagi mengesan anaknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI