fbpx

UCL: Kepakaran Guardiola sandaran The Citizens

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA merupakan pengurus yang memiliki banyak idea dalam merencanakan strategi ketika menentang lawan yang berbeza. – FB MANCHESTER CITY

ISTANBUL – Tampil sebagai pa­sukan yang bolos paling sedikit dalam saingan Liga Juara-Juara membuktikan kekebalan benteng yang dimiliki Manchester City dan bakal jadi kunci utama untuk menghadapi Inter Milan di pentas final, awal pagi esok.

Sepanjang saingan musim ini, The Citizens hanya bolos lima gol dalam 12 perlawanan dilalui dan faktor kecergasan pemain serta perubahan taktikal diilhamkan Pep Guardiola menjadi titik tolak kepada kejayaan pasukan ke final.

Di sebalik deretan bintang yang dimiliki, khidmat John Stones menjadi nadi utama kepada perancangan Guardiola apabila pertahanan England itu mampu memainkan peranan berbeza mengikut taktikal diterapkan.

Stones akan bertindak di posisi tengah ketika pasukan me­lakukan serangan dengan me­ninggalkan hanya tiga pertahanan di belakang dan pemain itu akan segera membentuk empat pertahanan setiap kali lawan menguasai permainan.

“Ia (taktikal Guardiola) me­ngubah cara kami bermain dan perubahan terbesar adalah membabitkan John. Dari posisi­nya di sebelah saya, dia akan ber­alih ke tengah dan memainkan peranan berbeza.

“Dia menunjukkan betapa bagusnya kualiti yang dimiliki dan terbukti dia juga mampu memainkan peranan di posisi itu. Ia menjadi langkah besar buat kami kerana akan ada tambahan seorang lagi pemain di bahagian tengah.

“Dalam situasi berbeza (te­rima asakan lawan), dia akan segera kembali berada di sebelah saya,” kata pemain pertahanan City, Ruben Dias.

Bintang antarabangsa Portugal itu jelas bangga dengan persefahaman antara pemain khususnya untuk menyesuaikan diri dengan situasi berbeza

“Misalnya, jika jalan penyelesaian yang kami rancang tidak menjadi, kami masih mampu menyesuaikan diri. Dalam situa­si sekarang, ia menjadi karakter yang bagus, bukan hanya untuk pemain, tetapi juga buat pasukan.

“Sebab itu juga yang memboleh­kan kami berada di final dan berpeluang raih kejuaraan ketiga. Semua orang mahu berada di sini dan sekarang kami perlu terus bekerja menjadikan detik ini lebih bermakna,” jelasnya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI