fbpx

Siti Khatijah menangis ‘diasak’ Fimie Don

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIMIE DON dan Siti Khatijah kini bergandingan dalam sebuah drama yang masih dalam penggambaran.

PETALING JAYA – Tidak pernah dihangatkan dengan gosip percintaan, pelakon cantik Khadijah menarik perhatian apabila tiba-tiba menangis hanya disebabkan kata-kata menusuk emosi yang diluahkan regu lakonannya, Fimie Don.

Menerusi sebuah perkongsian video di TikTok, mereka dilihat menghabiskan waktu rehat ketika penggambaran drama bersiri terbaharu dengan bermain satu permainan yang menuntut Siti untuk mengatakan ‘tidak’ pada setiap asakan soalan daripada Fimi Don.

“Adalah kau gembira? Adakah kau bangga dengan diri ku? Adakah kau rasa orang kat luar sana kisah pasal perasaan kau? Kau nak aku buat lawak tak bagi kau gelak?,” soal Fimie kepada Siti.

Tidak terhenti di situ, pelantun lagu Koyak itu terus mengasak Siti Khadijah dengan soalan yang berbeza.

“Siti Khadijah adakah kau akan berputus asa? Adakah kau akan kisah dengan apa orang luar sana cakap dan menyebabkan kau berputus asa?.

“Adakah kau akan berhenti?,” soal Fimie bertalu.

Seusai soalan itu ditanya, Siti Khadijah dilihat tidak dapat menahan air mata daripada tumpah ke pipi seolah soalan-soalan tersebut benar-benar memberikan kesan terhadap hidupnya.

Enggan melihat pelakon berusia 26 tahun itu terus mengalirkan air mata, Fimie bertindak memberikan kata-kata semangat dan menegaskan dirinya begitu bangga dengan Siti Khadijah.

“Aku bangga dengan kau tau, semua yang tengok video ni semua sayang kau tau,” ujarnya.

Siti yang sedang bergelut dengan emosi hiba itu seraya berkata bahawa Fimie adalah kawan yang baik dan berterima kasih kerana sentiasa ada di sampingnya.

“Kawan yang sangat baik, terima kasih,” kata Siti sambil mengelap air mata.

Ruangan komen video itu dibanjiri maklum balas peminat yang seakan turut merasa sedih dengan pertanyaan sedemikian.

“Dengar macam biasa je, tapi kalau dengar pakai hati, air mata kau mengalir sendiri aku pasti,” komen seorang pengikut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI