fbpx

Siasatan ke atas Sanusi bukan dendam politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (tengah) bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina (kanan) bersama pada sidang akhbar selepas lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan Jabi di Pokok Sena, Alor Setar, Kedah hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

ALOR SETAR – Kerajaan menolak dakwaan kononnya siasatan yang dijalankan ke atas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor adalah disebabkan dendam politik.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semua pihak perlu menyerahkan siasatan kepada pihak polis sebelum memberikan pelbagai komen.

Katanya, siasatan akan dilakukan mengikut tertib sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk proses pendakwaan jika siasatan dianggap mencukupi atau dipulangkan kepada polis sekiranya tidak lengkap.

“Itu masalahnya bila kenyataan dianggap boleh timbul keresahan dibiarkan tanpa tindakan (sehingga kata) kerajaan tiada gigi, tak berani ambil tindakan. Bila polis bertindak kata tindakan politik, jadi cerita itu tak habis.

“Jadi yang berlaku kepada menteri besar satu kertas siasatan telah dibuat. Biarlah polis bertindak secara profesional, tak perlu gundah gulana dan beri kerjasama sehingga siasatan selesai.

“Yang jelas berlaku sebelum siasatan (Sanusi kata) padam, ubah atau pinda perlembagaan. (Apabila) dipanggil polis maklumkan pula saya tak kata pinda perlembagaan. Tak perlu lah (begitu) kekal kepada satu kenyataan saja,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Negeri Kedah berkata demikian pada sidang akhbar selepas bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Sekolah Kebangsaan (SK) Jabi di Pokok Sena di sini hari ini.

Pada Rabu lalu, Muhammad Sanusi memberi keterangan kepada pegawai penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman susulan kenyataannya mengenai Pulau Pinang milik Kedah dan didakwa menggesa perlembagaan.

Sementara itu, Pas menyifatkan tindakan siasatan ke atas Muhammad Sanusi sebagai episod ‘hitam’ dalam sejarah demokrasi Malaysia yang mengamalkan kebebasan bersuara.

Tambah Saifuddin, beliau percaya Muhammad Sanusi yang dikenalinya dan pernah berjuang bersama-sama dahulu mampu memberi kerjasama baik kepada proses itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI