fbpx

Remaja sekolah pondok tukar kolam terbiar lubuk duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Shukran memberi makan kepada ikan ternakannya di sebuah kolam di Semeling, Sungai Petani kelmarin.

SUNGAI PETANI – Tidak memiliki sijil dalam bidang penternakan bukan alasan seorang remaja lepasan sekolah pondok untuk berjinak-jinak menjadi pengusaha ternakan ikan demi mencari pendapatan sendiri.

Dengan menjadikan sebuah kolam terbiar di sebuah kuari tanah di Semeling, Bedong dekat sini, usaha Mohamad Shukran Husaini Abdullah, 19, itu mula menampakkan hasil apabila 35,000 ikan patin, tilapia dan kap yang diternaknya kini sedia untuk dijual.

“Saya lepasan sekolah pondok yang langsung tidak mempunyai pengetahuan berkaitan bidang ternakan, namun berani melibatkan diri menjadi penternak ikan kerana saya yakin untuk melakukannya.

“Saya juga beruntung kerana keluarga memberi galakan dan semangat kerana mereka tahu tujuan saya adalah untuk menjana pendapatan dan membantu keluarga,” katanya.

Menurut Mohamad Shukran, pada mulanya dia menghadapi kesukaran kerana tiada tempat untuk dijadikan kolam ternakan selain memerlukan modal yang tinggi bagi membeli benih tiga jenis ikan.

“Dengan bantuan bapa yang mengenali seorang pemilik kuari tanah, saya diizinkan untuk menyewa kolam bersaiz hampir dua padang bola itu bagi tujuan penternakan ikan. Bapa turut membanntu membekalkan benih anak ikan.

“Bagi mengelak berbelanja besar dalam menyediakan makanan khas (pelet) untuk semua ikan, saya gagahkan diri untuk mencari sisa-sisa makanan di restoran dan kedai makan menggunakan motosikal hampir setiap hari,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI