fbpx

PM jemput warga Pulau Pinang sertai Program Temu Anwar esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster program Temu Anwar yang dimuat naik di Facebook hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput orang ramai khususnya warga Pulau Pinang untuk menyertai sesi dialog Temu Anwar di Universiti Sains Malaysia (USM), esok.

Beliau dalam hantarannya di Facebook berkata, sesi dialog Temu Anwar merupakan platform yang membuka peluang untuk masyarakat bertanya serta mendapatkan maklum balas secara terus daripadanya.

“Seperti kebiasaan, saya akan menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh para peserta yang hadir. Kita jumpa esok.

“Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web http://temuanwar.com,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI