fbpx

Peminat Pantai Timur tidak sabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara bakal berdepan Kepulauan Solomon untuk aksi persahabatan pertama yang akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak Rabu depan.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sangat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh warga Pantai Timur apabila mengesahkan hampir 5,000 tiket untuk aksi persahabatan Harimau Malaya menentang Kepulauan Solomon pada Rabu depan sudah berjaya dijual.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman berkata, sambutan untuk aksi persahabatan yang akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak sangat positif dan dijangka terus meningkat.

Kata Noor Azman, situasi berbeza ketika skuad Harimau Malaya melakukan ‘jelajah’ di Johor pada Mac lepas yang mana kehadiran penonton agak berkurangan atas disebabkan beberapa faktor.

“Bagi aksi persahabatan kali ini, kita telah melakukan pelbagai perancangan dengan me­ngadakan festival di perkarangan stadium yang disokong oleh FitTerengganu (kerajaan tempatan).

“Antara aksi persahabatan antara bekas pemain Terengganu dan bekas pemain skuad kebangsaan di padang sintetik, pameran serta pertandingan bola sepak bawah umur.

“Saya harap penyokong di sekitar Pantai Timur dapat segera membeli tiket kerana buat masa ini hampir 5,000 tiket sudah dijual dengan stadium ber­kenaan hanya memiliki kapasiti kurang 30,000.

“Apa yang pasti, saya nampak sambutan agak memberangsangkan dengan adanya festival berbanding perlawanan persahabatan di Johor pada Mac lepas yang dilihat berkurangan mungkin kerana dianjurkan pada bulan Ramadan,” katanya kepada Kosmo!

Ketika mengharungi aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim Mac lepas, skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon berjaya mencatat kemenangan 1-0 ke atas Turkmenistan dan Hong Kong (2-0).

Selepas bertemu Kepulauan Solomon, skuad negara yang sedang melakukan persiapan menyertai kejohanan Piala Asia 2023 akan menentang Papua New Guinea di venue sama pada 20 Jun nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI