fbpx

PAU 2023: Jangan tebang dan bunuh ‘pohon besar’ ini – Mohamad Hassan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad ketika berucap pada sesi penggulungan PAU 2023 di Dewan Merdeka, WTCKL hari ini.

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan parti itu sebagai ‘pohon besar’ yang telah melindungi akar umbi dan semua pemimpin ketika ini.

Malah Mohamad berkata, pohon besar itu juga telah banyak berjasa dan ramai yang telah menumpang ‘rezeki’ darinya dan ia perlu dipelihara sampai bila-bila.

“Mari kita tinggalkan benih untuk masa depan agar terus subur dan jadi tempat mereka berlindung, pohon yang akan membesar tempat anak cucu kita nanti berlindung daripada hujan dan panas.

“Kalau berbuah, buahnya boleh dimakan bersama. Kalau hujan petir disitulah mereka berteduh kalau panas disitu juga mereka akan berteduh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.

Bagaimanapun kata Mohamad, walaupun pohon besar itu telah banyak membantu dan berjasa, tetapi kini ramai mula meminggirkan serta melupakan jasanya sehingga ada yang ingin membunuhnya.

“Pokok yang besar ini, ramai yang makan buahnya, ramai yang sudah nikmati nikmatnya. Ramai juga yang sudah tidak memerlukan pokok ini.

“Tetapi janganlah yang telah menikmati hasilnya, kita nak bunuh dan tebang pokoknya,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan kepimpinan UMNO agar tidak berselisih faham antara satu sama lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI