fbpx

Lelaki tinggal enam hari dalam hutan akibat tekanan kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki berkenaan setelah diselamatkan oleh anggota bomba di Meru, Ipoh dekat Perak pagi tadi.

IPOH – Seorang lelaki yang mengalami tekanan di tempat kerja mengambil keputusan untuk hidup di dalam hutan berhampiran Terminal Meru Raya di Meru di sini sebelum dia diselamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, lelaki berkenaan yang menaiki bas dari Kuala Lumpur tiba di Terminal Aman Jaya sebelum memasuki hutan berhampiran dengannya.

Beliau berkata, mangsa memasuki hutan melalui Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhampiran Jabatan Audit Negara dan Terminal Meru Raya pada 3 Jun lalu pada pukul 7 pagi.

“Pihak bomba menerima panggilan berkenaan perkara tersebut pada pukul 11.44 malam semalam.

“Sampai di lokasi, komander operasi telah menghubungi mangsa dan dia memaklumkan ada mendengar kehadiran jentera bomba dan dalam hutan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, anggota bertugas dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya telah melakukan pencarian awal di hutan tersebut.

Menurutnya, mangsa telah dijumpai oleh pasukan bomba pada pukul 2.46 pagi hari ini pada jarak 3.2 kilometer dari lokasi dia memasuki hutan berkenaan.

“Mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI