fbpx

Komited selesaikan masalah kaum India – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika bersalaman dengan kaum India yang menghadiri program itu di SACC, Shah Alam, hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

SHAH ALAM – Kerajaan terus komited bagi menyelesaikan segala masalah yang dihadapi kaum India di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagaimanapun tumpuan adalah kepada perkara asas yang membelenggu kaum tersebut setelah sekian lama.

“Kalau ikut rekod kerajaan, Melayu paling ramai miskin tetapi kalau ikut nisbah, India yang ramai miskin tegar.

“Miskin tegar ini bermaksud nak makan setiap hari pun sangat susah. Seperti saya cakap sebelum ini, saya nak selesaikan isu miskin tegar pada tahun ini juga,” katanya ketika berucap pada program Hala Tuju Pembangunan Pendidikan dan Masa Depan Masyarakat India bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, kerajaan telah memperuntukkan dan membelanjakan jutaan ringgit bagi membantu kaum India dalam pelbagai aspek.

Ujarnya, ini termasuk kira-kira RM42.4 juta bagi membantu belia India daripada keluarga B40 menyambung pengajian di insitut pengajian tinggi (IPT) di dalam negara.

“700,000 orang India dibantu dengan pemberian sumbangan Tunai Rahmah yang berjumlah RM 600 juta. Dalam program hari ini, saya dapat beberapa permintaan dan akan teliti kesemuanya.

“Pemimpin politik terutama kaum India juga disarankan berganding bahu dan saya yakin banyak permasalahan dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI