fbpx

Kerajaan teruskan subsidi ayam, telur RM200 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin (dua dari kiri) melawat gerai pameran selepas Majlis Pelancaran ReDI dan Menu Rahmah di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan hari ini. Foto oleh ROSMIZAN RESDI/ KOSMO!

KOTA BHARU – Kerajaan akan menanggung subsidi sebanyak RM200 juta sebulan selepas bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi dan kawalan harga ayam serta telur mulai 1 Julai depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, subsidi yang diteruskan itu merupakan usaha kerajaan untuk membantu rakyat selepas 30 Jun ini.

Menurutnya, sehubungan itu, tiada sebarang isu yang perlu dibangkitkan apabila ada sesetengah pihak mendakwa kerajaaan telah menghentikan pemberian subsidi bagi dua barangan berkenaan.

“Tiada isu kerajaan mahu menghentikan pemberian subsidi. Ia sebenarnya berdasarkan kepada Bajet 2022 (subsidi ayam dan telur) yang akan berakhir sehingga 30 Jun dan akan disambung pada 1 Julai akan datang.

“Keputusan tersebut dibuat hasil libat urus Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk meneruskan pemberian subsidi itu,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) dan Menu Rahmah di Pasar Besar Siti Khadijah di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Salahuddin memberitahu, keputusan untuk melanjutkan subsidi itu membuktikan keprihatinan kerajaan kepada keperluan rakyat dengan beban kos sara hidup yang meningkat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI