fbpx

Kerajaan digesa pinda Perlembagaan, beri hak kerakyatan sama rata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli Jawatankuasa SMCM, Viktor Francis menyerahkan Memorandum untuk Menangani Isu Kewarganegaraan Kanak-Kanak dengan Ibu Bapa Malaysia kepada Choo Seong (dua, kanan) disaksikan Pengerusi SMCM, KC Kwan (kiri) di Kelab PJ hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/ KOSMO!

PETALING JAYA – Kerajaan digesa untuk meminda Perlembagaan bagi mempermudahkan permohonan kewarganegaraan untuk anak tidak sah taraf kerana dikhuatiri akan menimbulkan pelbagai komplikasi dan tekanan kepada negara pada masa akan datang.

Timbalan Pengerusi Biro Komunikasi dan Diplomasi Antarabangsa MCA, Neow Choo Seong berkata, langkah itu perlu dibuat segera sekali gus meringankan beban kerajaan memperhalusi ribuan permohonan yang dibuat.

Menurutnya, isu tersebut hanya disebabkan masalah teknikal dari segi pendaftaran berikutan kebanyakannya adalah mangsa keadaan di mana bapa mereka berkahwin dengan warga asing ataupun ditinggalkan ahli keluarga.

Katanya, kerajaan juga bakal berdepan pelbagai masalah apabila kanak-kanak ini tidak dapat menerima pendidikan dan penjagaan kesihatan yang sama seperti orang lain.

“Kita nak tekankan, setiap tahun Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terpaksa proses sebanyak 10,000 sehingga sejuta kes anak tidak sah taraf.

“Ini satu bebanan kerajaan. Menteri tidak dapat duduk setiap hari di pejabat hanya untuk menandatangani dan memperhalusi dokumen untuk kewarganegaraan.

“Jadi, kenapa tidak kita melihat daripada aspek penggubalan undang-undang dengan meminda Perlembagaan untuk memudahkan mereka menerima hak kerakyatan sama seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima Memorandum untuk Menangani Isu Kewarganegaraan Kanak-Kanak dengan Ibu Bapa Malaysia daripada Pergerakan Stateless Malaysians Citizenship (SMCM).

Choo Seong berkata, beliau juga menyeru kerajaan untuk mempertimbangkan perkara tersebut dengan pendekatan yang lebih menyeluruh berbanding menggunakan sistem sedia ada.

“Sebenarnya ini adalah masalah sistem kerana mereka pada dasarnya layak menjadi warganegara. Mereka bukan saja lahir di Malaysia, tetapi anak rakyat Malaysia. Ini bukan kes seperti Rohingnya atau pelarian.

“Isu anak angkat dibuang juga sama, apabila ada orang nak jaga, undang-undang pula menghalang. Jadi, saya menyeru JPN dan kerajaan untuk melihat lebih kepada aspek kemanusian berbanding undang-undang.

Dalam pada itu, beliau menegaskan peningkatan perkahwinan antara negara membuktikan bahawa undang-undang perlu dipinda berdasarkan keperluan semasa.

“Dunia kini semakin terbuka. Orang luar boleh masuk ke negara kita dan kita boleh keluar ke negara lain. Bagi yang beragama Islam, dia faham dia kena akad nikah dulu dan daftar.

“Tetapi untuk bukan beragama bukan Islam, mereka tidak faham. Yang paling penting adalah tindakan kerajaan bukan untuk menghukum tetapi untuk membantu rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI