fbpx

Kanak-kanak lemas mandi kolam taman tema

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memeriksa lokasi kejadian di kolam taman tema itu di Banting, Kuala Langat, Selangor.

KUALA LANGAT – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut akibat lemas ketika mandi di kolam sebuah taman tema di Banting di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 11.38 pagi.

Katanya, sepasukan enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dikerah dalam operasi tersebut.

“Kejadian itu dipercayai berlaku ketika mangsa sedang mandi bersama ahli keluarganya di kedalaman kira-kira dua meter dan pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu tidak sedarkan diri dan sudah dikeluarkan orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohamadul Ehsan, mangsa dibawa pasukan perubatan ke Hospital Banting bagi tindakan lanjut sebeum disahkan meninggal dunia di hospital tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI