fbpx

Hari Raya Aidiladha dijangka pada 29 Jun – Pakar Falak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Umat Islam di negara ini berkemungkinan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun ekoran hilal Zulhijah lewat petang 18 Jun dijangka tidak memenuhi syarat.

Demikian pandangan seorang pakar falak tempatan dan juga merupakan Yang Dipertua Persatuan Falak Syari’ Malaysia (PFSM), Syed Kamarulzaman Syed Kaber Al Hussaini.

“Berdasarkan hisab atau pengiraan awal, anak bulan Zulhijah diunjurkan tidak memenuhi kriteria Imkanur Rukyah yang diwartakan kerajaan sejak 2021,” katanya ketika ditemui.

Mengulas lanjut, Syed Kamarulzaman berkata, menurut kiraan PFSM, posisi altitud hilal itu adalah dua darjah 10 minit dan elongasi daripada matahari pula empat darjah 31 minit.

“Justeru anak bulan Zulhijah dianggap tidak memenuhi kriteria iaitu ketinggian mesti melebihi tiga darjah, manakala jarak lengkung tidak kurang enam darjah 24 minit,” jelasnya.

Terdahulu, Jabatan Penerangan Malaysia (JPM) memaklumkan bahawa tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidiladha adalah pada petang Ahad, 18 Jun bersamaan 29 Zulkaedah 1444 Hijriah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI