fbpx

Fun Ride KPJ Puteri sumbang RM10,000 kepada yayasan kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN 500 peserta berbasikal memulakan kayuhan santai 'Fun Ride' sempena Kayuhan Ulang tahun ke-30 Hospital Pakar KPJ Puteri di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

ISKANDAR PUTERI – Hospital Pakar KPJ Puteri hari ini mengadakan kayuhan santai ‘Fun Ride‘ 30 kilometer sekitar Iskandar Puteri, bersempena ulang tahun ke-30.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Puteri Hazarul Azly Hamzah berkata, seramai 500 peserta menyertai kayuhan itu yang turut diadakan bersempena dengan sambutan Hari Kesihatan Sedunia.

Ujarnya, selain menggalakkan gaya hidup sihat, aktiviti kayuhan tersebut turut menyumbang RM10,000 kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ).

”Menjadi salah satu daripada 29 hospital di bawah KPJ Healthcare Berhad, kami sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan dengan penambahan doktor pakar termasuk fasiliti yang terkini iaitu Makmal Kateterisasi Jantung (Cath-Lab) yang bakal diperkenalkan menjelang Julai tahun ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, ‘Cath-Lab’ ini bakal menawarkan perkhidmatan rawatan jantung seperti Angiografi Koronari, Angioplasti Koronari, Pemasangan Alat Pacu Jantung (pacemaker) dan Pemantauan Elektrofisiologi (Electrophysiology Study). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI