fbpx

Atlet olahraga positif doping – Adamas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATLET olahraga berkenaan akan digantung daripada menyertai sebarang kejohanan sehingga proses pendengaran diumumkan nanti.

KUALA LUMPUR – Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) memaklumkan atlet olahraga disahkan positif doping mengambil bahan terlarang jenis sibutramine.

Sampel atlet berkenaan yang diambil sewaktu Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2023 pada Februari lalu mengandungi bahan terlarang tersebut hasil keputusan dari Makmal Anti-Doping di Doha, Qatar (ADLQ).

Disebabkan itu, atlet berkenaan digantung sementara daripada menyertai sebarang kejohanan atau pertandingan sehingga proses pendengaran akan diumumkan nanti.

Dalam tempoh itu, atlet berkenaan akan diberikan peluang mempertahankan diri dan memberikan sebarang bukti untuk menyokong pembelaannya.

Bagaimanapun, masih tiada kepastian sama ada atlet olahraga negara berkenaan berstatus kebangsaan ataupun tidak kerana Kejohanan Trek dan Balapan KOM 2023 itu turut mempunyai atlet-atlet pelapis dan juga negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI