fbpx

Ahmad Maslan sebenarnya punca BN kalah PRU-15 – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (kiri) dan Ahmad Maslan.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menyangkal dakwaan UMNO tidak seteruk ketika ini jika Putrajaya mengikut keputusan bersama membubarkan Dewan Rakyat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor adalah tidak benar.

Ismail Sabri berkata, dakwaan oleh bekas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan itu hanya pandangan yang simplistik tanpa fakta dan statistik.

Jelasnya, sebagai Perdana Menteri pada ketika itu, beliau mendapat laporan daripada pelbagai agensi yang menunjukkan suasana pada ketika itu BN masih tidak mampu untuk menang.

“Semasa itu, ekonomi sedang dalam proses pemulihan selepas kita terjejas teruk akibat Pandemik Covid-19. Sepatutnya proses pemulihan diteruskan bukan dengan membubarkan Parlimen.

“Usaha-usaha untuk memulihkan ekonomi negara dan rakyat telah mula menunjukkan hasil.

“Buktinya, ekonomi negara berkembang sebanyak 8.7 peratus pada tahun 2022, terbaik di rantau Asia Tenggara malah antara yang tertinggi di dunia tetapi usaha itu tidak dapat diteruskan kerana desakan berterusan supaya Parlimen dibubarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak boleh dijadikan sebagai indikator untuk menentukan kejayaan BN dalam PRU.

Katanya, keadaan politik negara amat dinamik, PRN lebih tertumpu kepada isu negeri khususnya prestasi Kerajaan yang mentadbir negeri pada ketika itu.

“PRU pula melibatkan isu nasional. Apatah lagi persepsi terhadap BN secara keseluruhannya masih tidak baik pada ketika itu.

“Inilah punca sebenar kekalahan BN kerana mempunyai bekas Setiausaha Agung UMNO yang hanya sekadar boleh membuat andaian mudah berlandaskan logik akalnya sahaja tanpa mempunyai statistik sokongan peringkat persekutuan kepada BN,” ujarnya.

Terdahulu, Ahmad Maslan mendakwa memberi bayangan nasib UMNO mungkin tidak seteruk sekarang jika “pihak Putrajaya” patuh kepada kehendak parti supaya PRU diadakan tidak lama selepas pilihan raya negeri (PRN) di Melaka serta Johor diadakan.

Ia dipercayai merujuk kepada sekumpulan pemimpin Umno yang berada dalam kerajaan ketika itu, diketuai Ismail Sabri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI