PETALING JAYA – Universiti Tenaga Nasional (Uniten) bersama Universiti Hadhramout, Yaman telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) di kampus Universiti tersebut di Putrajaya.
Kerjasama tersebut akan melibatkan program mobiliti pelajar dan juga staf, program akademik termasuk laluan kemasukan terus ke program, pembangunan program profesional, program edu-pelancongan, aktiviti penyelidikan, dan penerbitan akademik.
Naib Canselor Uniten, Prof. Ir. Dr. Noor Azuan berkata, pihaknya akan berkongsi kepakarannya dengan Universiti Hadhramout, Yaman melalui penganjuran program akademik seperti simposium, persidangan, dan kursus jangka pendek yang dapat memberi manfaat kedua-dua pihak.
“Kami berharap MoU ini akan dapat meningkat dan menyerlahkan ketampakan Uuniten di peringkat global terutamanya di negara Timur Tengah.
“Malah, ia merupakan salah satu initiatif untuk mengantarabangsa Uniten sebagai sebuah universiti terkemuka dunia berfokuskan tenaga. Kerjasama ini juga membuktikan kurikulum akademik Uniten diiktiraf di persada dunia,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
MoU tersebut telah ditandatangani oleh Noor Azuan bagi mewakili Uniten manakala Presiden, Hadhramout Universiti diwakili oleh Prof. Dr. Mahammad Saeed Khanbash. -KOSMO!ONLINE