fbpx

Subsidi, kawalan harga ayam dan telur diteruskan mulai 1 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini bersetuju supaya pemberian subsidi dan kawalan harga ayam serta telur diteruskan mulai 1 Julai depan.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi kenyataan akhbar bersama hari ini.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju dengan cadangan KPKM dan KPDN supaya pemberian subsidi dan kawalan harga ayam serta telur diteruskan.

“Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira semua aspek termasuk memastikan industri ayam dan telur kekal mampan dan kebajikan rakyat terus terbela.

“Pemberian subsidi dan kawalan harga ini dibuat demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara selaras dengan aspirasi Kerajaan Malaysia MADANI,” katanya.

Sebelum ini, Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan tiada lagi subsidi ayam dan telur daripada kerajaan bermula 1 Julai ini.

Beliau dilaporkan berkata, penamatan tersebut membolehkan KPDN menilai serta mengawal harga barangan sama ada naik atau turun berbanding harga siling runcit ketika ini.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Februari lalu memutuskan untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2023.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI