fbpx

PRN: Wakil UMNO jadi Exco P. Pinang jika menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (dua dari kiri) menyaksikan majlis penyerahan cek bagi program 'The Stem Talent Development Initiatives' di SMJK Chung Hwa Confusio di Jelutong hari ini.

GEORGE TOWN – Wakil UMNO boleh mendapat tempat dalam kepemimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang sekiranya calon-calon parti tersebut menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk memberi ruang kepada wakil UMNO kerana ia selari dengan permuafakatan yang dicapai untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Permuafakatan dan kerjasama ini akan diteruskan menjelang PRN di enam-enam negeri, jadi tertakluk kepada keputusan (PRN), dan apa yang diperkatakan oleh Presiden UMNO ini adalah satu kenyataan yang menggambarkan senario politik terkini.

“Ia (kedudukan dalam barisan Exco negeri) tertakluk kepada keputusan (PRN), sekiranya tidak ada orang (UMNO) menang mereka tidak dapat berada dalam barisan exco sebab kita tidak ada undang-undang untuk melantik ahli yang baharu tanpa menang dalam PRN,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program ‘The Stem Talent Development Initiatives’ di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Hwa Confusion di sini hari ini.

Kon Yeow mengulas mengenai kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melibatkan wakil UMNO dalam kepimpinan tiga negeri yang kini dikuasai Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai proses agihan kerusi di Pulau Pinang, beliau berkata, rundingan di peringkat negeri telah diselesaikan dan perkara itu akan diputuskan oleh Majlis Presiden.

“Rundingan adalah satu proses dan saya percaya setelah beberapa pusingan rundingan, kerusi-kerusi yang ditawarkan kepada setiap parti tidak akan memuaskan setiap parti. Namun secara keseluruhannya ia adalah satu gandingan yang boleh diketengahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan,” ujarnya.

Sementara itu, tambahnya, beliau akan bertemu dengan Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak sehari sebelum tarikh 28 Jun bagi memaklumkan mengenai proses pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI