fbpx

Mekanik bina pesawat ringan guna barangan terpakai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zaki menghidupkan pesawat ringan yang dibinanya di Kampung Senggora di Maran.

MARAN – Minat mendalam selain aktif dengan hobi bermain kapal terbang dan helikopter kawalan jauh telah mencetus idea kepada seorang pemilik bengkel untuk membina pesawat ringan sendiri.

Tidak hanya sekadar membina, Mohd. Zaki Zahari, 58 berhasrat menerbangkan pesawat itu apabila siap kelak, sekali gus mahu melihat pesawat yang dibina itu terbang di udara.

Mohd. Zaki berkata, bermula Mei tahun lalu, dia telah memulakan projek membina pesawat ringan jenis ‘seaplane’ dan telah berhabis puluhan ribu ringgit.

“Setakat ini pesawat ini telah siap hampir 70 peratus dan kini saya sudah berbelanja kira-kira RM10,000 untuk sampai ke tahap ini.

“Kalau mengikut jadual, pesawat ini mungkin dapat di­siapkan pada Ogos depan, tetapi semua itu bergantung kepada sumber kewangan,” katanya ketika ditemui di bengkel miliknya di Kampung Senggora, di sini semalam.

Menurutnya, walaupun hanya menggunakan barangan murah dan terpakai, namun jangkaan untuk menyiapkan pesawat itu juga bergantung kepada beberapa faktor lain memandangkan dia hanya akan melakukan kerja pada setiap hujung minggu.

“Dari aspek teknikal, kapal terbang kawalan jauh sebenar­nya hampir sama dengan pesawat sebenar dan kebanyakkan mo­del pesawat yang dibina adalah menggunakan pelan pesawat sebenar dengan mengecilkan skala asal.

“Dari situlah timbul idea, saya mahu bina pesawat dengan skala sebenar yang boleh diterbangkan dari dalam kokpit,” katanya.

Menurut beliau, pesawat yang dibinanya itu adalah berukuran panjang kira-kira enam meter, panjang sayap sembilan meter dan berat sekarang kurang daripada 200 kilogram.

Katanya, dia menggunakan enjin kereta Volkswagen Beetle 1,200cc yang telah dinaik taraf menjadi 50 kuasa kuda, dengan jangkaan kelajuan melebihi 60 knot atau 120 kilometer sejam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI