fbpx

Media Mulia rangkul tiga anugerah Hadiah Kewartawanan MPI-Petronas 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Urusan Media Mulia, Mohamad Azlan Jaafar (tengah) bergambar bersama pemenang Kosmo! dan Utusan Malaysia pada Malam Wartawan Malaysia 2023 di Hotel Majestic Kuala Lumpur, malam ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Media Mulia Sdn. Bhd. menerusi dua akhbar terbitannya, Kosmo! dan Utusan Malaysia berjaya merangkul tiga anugerah utama sempena Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2022 di sini malam ini.

Pereka Grafik Utusan Malaysia, Mohamad Sany Misnan berjaya memenangi Kategori Infografik Terbaik sebagai pemenang emas, yang membawa pulang RM10,000, trofi serta sijil.

Bagi kategori sama, Pereka Grafik Kosmo!, Arma Rizal Abu Bakar pula dinobat sebagai pemenang gangsa menerusi karya ‘8 Pandemik Terburuk Landa Dunia’.

Pemenang Kosmo! dan Utusan Malaysia pada Malam Wartawan Malaysia 2023 di Hotel Majestic Kuala Lumpur, malam ini. – Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

Sementara itu, bagi kategori Kewartawanan Foto Cemerlang, Jurugambar Utusan Malaysia, Muhammad Fariz Rusadio memenangi pingat perak menerusi ‘Kasih Ibu’ yang membawa pulang RM1,500 beserta sijil.

Sementara itu, Wartawan Eksekutif Utusan Malaysia, Fahmi Faiz diumumkan sebagai pemenang perak bagi Kategori Laporan Berita Cemerlang menerusi laporan Kartel Kawal Harga Ayam dan berjaya membawa pulang RM1,500 beserta sijil.

Dalam pada itu, Pengerusi Malam Wartawan Malaysia, Datuk Dr. Chamil Wariya mengumumkan, Petronas telah menyatakan persetujuan untuk terus menjadi penaja utama Hadiah Kewartawan Malaysia (HKM) bagi tiga tahun akan datang.

“Terdapat pertambahan kategori baharu untuk penyertaan radio dan televisyen yang akan diumumkan butirannya kemudian,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI