fbpx

Lelaki tunjal kepala wanita dipenjara 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Zaim Faiz dijatuhkan hukuman penjara tujuh hari oleh Makhamah Majistret Tapah kerana memukul kepala seorang pemandu wanita berhampiran Lata Iskandar, Isnin lalu. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

TAPAH – Penyelia kilang yang tular menunjal kepala seorang pemandu wanita berhampiran Lata Iskandar Isnin lalu, dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan ugutan dan mencederakan mangsa.

Tertuduh, Mohammad Zaim Faiz Tarmizi, 29, dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah sejurus kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Hanum Mohmad Shah.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak itu didakwa menakutkan secara jenayah terhadap Amiera Atiqah Shahrizan, 25, dengan kata ugutan ‘pecah muka kau sat lagi’.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Lata Iskandar, Kilometer 22 Jalan Tapah-Cameron Highlands dalam daerah Batang Padang pada pukul 5.33 petang, 5 Jun 2023.

Bagi kesalahan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh juga didakwa bagi pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada wanita tersebut di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Geetha Jora Singh manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh ketika ditanya oleh Siti Hanum selain rayuan yang dikemukakannya memberitahu, kejadian berlaku ketika pengadu cuba memotong kenderaannya namun ada kenderaan lain di laluan bertentangan.

“Saya nak luahkan, dalam kejadian itu, pengadu yang membuat laporan cuba memotong tapi (laluan) bertentangan ada kereta. (Tindakan) itu boleh mengancam keluarga saya dan nyawa, sebab itu saya marah sangat kerana dalam kereta ada anak dan isteri saya (hamil lapan bulan),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI